Sup tulang

Bihun Sup Utara (Sup Tulang) Bahan bahan 1 peket bihun 1 sudu kunyit Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis.. Bahan2 Sup Tulang 1kilo tulang dicampur sedikit daging 2 batang serai ketuk Halia lebih kurang 2 inci diketuk 4 ulas bawang putih ditumbuk 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk 1 batang kulit kayu manis Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar 3 bunga lawang 4 biji buah pelaga Sedikit batang daun sup Air secukupnya Masukkan semua bahan bahan didalam periuk.. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.. ***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup...kalau taknak buat pon tak apa.. Bahan2 cabai merah Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk Asam keping atau air asam jawa atau cuka Garam Gula Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula. Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun Daun bawang Daun sup Lobak masin Bawang goreng Selamat mencuba๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Bihun sup utara..cabainya merah..bihunnya kuning๐Ÿ˜ ➡️ SUBSCRIBE channel Youtube Resepi Enak untuk video makanan ๐Ÿ‘‡ ๐Ÿ‘‡ https://www.youtube.com/channel/UC89KNb8GpvQpWREkyktiPJg Kredit Resepi : zaini talib

Postingan populer dari blog ini

semur jengkol

Lepet

telor balado