Sate daging
SATE AYAM /DAGING
Bahan-bahan :
1 kilo daging/ 1 ekor ayam
15 ulas bawang merah *
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
4 batang serai*
1 sudu besar ketumbar (sangai dan kisar halus)
1 sudu besar jintan putih ( dan kisar halus)
1 sudu besar jintan manis (sangai dan kisar halus)
Serbuk kunyit agak banyak
3 sudu besar kerisik
Asam jawa
Garam
1/2 kilo gula
Serbuk cukup rasa
Cara-cara :
-Bahan bertanda * kisar dan tapis buang air nya.ambil pati nya sahaja.
-Gaulkan daging/ayam dengan semua bahan diatas sehingga sebati.
-Asam jawa tidak perlu dibancuh dengan air.Masuk kan terus untuk digaul dengan daging/ayam.
-Perlu lebihkan gula.Sate perlu manis baru sedapπ
π
π
-Cucuk lah sate dan perap selama 4-5 jam.Jika lagi lama perap lagi sedap.
-Air lebihan dari bahan2 gaulan daging/ayam tadi jangan dibuang..Curah ke atas sate yg telah dicucuk untuk perap sate2 yang telah dicucuk tadi.
-Boleh lah bakar macam biasa.Guna serai yang diketuk dan minyak utk renjis ke atas sate yang dibakar.
-Siap!!!!!!π
π
π
π
Resepi kuah sate :
3 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 inci lengkuas*
5 batang serai*
Kisar semua bahan
Cili kisar 5 sudu besar
Kacang tanah goreng 1/2 kg - kisar halus
Air asam jawa
Gula melaka sekeping besar
Cara-cara :
Tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga naik naik bau
Masuk kan gula melaka
Masuk air asam jawa
Bila dah pekat..masuk kacang tanah yang dikisar..
Goncang blender bekas kacang kisar tadi dengan air dan masuk dalam kuah tadi
Masuk garam & serbuk perasa
Biarkan api slow dan masak kuah hingga pekat
*Sate yang tidak habis dibakar boleh dibekukan.
kredit : chinta qaldina