Saus kacang
Anak anak nak makan nasi impit semalam , zasss mak ke dapur siapkan ape yang patut.
RESEPI KUAH KACANG π
500gram kacang tanah digoreng dengan minyak dan dikisar
*3 biji bawang besar
*5 biji bawang putih
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*1 sudu udang kering
Sedikit belacan
5 sudu cili kisar
7 batang serai
1/2 cawan gula putih - boleh adjust
1 cawan gula merah/melaka
1 cawan air asam jawa
Cara simple jer ni :
1. Goreng bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas dan udang kering hingga wangi. Kemudian dikisar halus.
2. Tumis bahan bahan dikisar tadi sampai pecah minyak,masukkan cili kisar,masak dengan api kecil sampai pecah minyak lagi,
3. Masukkan kacang yang dikisar tadi, tambah air, ikut kepekatan yang anda mahukan.
4. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan air asam jawa,gula,belacan dan serai ketuk. Biarkan merenih dengan api perlahan selama 1-2 jam, sambil sambil kena kacau bahagian bawah takut hangit.
5. Dah nak siap perasakan dengan gula dan garam sikit. Donee boleh la di hidang.
Tip nyeπ
✍️ Rahsia kuah kacang yang sedap ialah, masak dengan perlahan menggunakan api kecil sampai pecah minyak.
✍ ️Kuah kacang juga akan lebih sedap jika dimasak sehari sebelum dihidang.
✍️ Kuah kacang mungkin nampak cair semasa dimasak, jangan risau kerana kuah akan menjadi pekat ketika sejuk.
Nah miza share cara simple bila kat umah takde nasi impit segera. Guna ape yang ada kat umah citernye. Jomm tengok pic tu π
Selamat mencuba gais.
kredit : hamizah hasanuddin